Thursday, August 19, 2010

roselle


Produk Kapsul & Gel


Produk yang menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan Vitamin C yang tinggi. Roselle Kapsul amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khususnya untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh manusia. Khasiat herba Roselle : 1. Anti Penuaan. Roselle mempunyai Vitamin C yang tinggi dan berserat akan melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang mengamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.

2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular. Sakit jantung merupakan pembunuh nombor satu di dunia dan dianggap sebagai ’silent killer’. Kedaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyebabkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekaligus mengelakkan dari trejadinya penyakit tekanan darah tinggi.

3. Pencegah Kanser. Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan, dan minuman merupakan punca utama kepada terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat dalam Roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksidan dan sebagai anti kanser.

4. Demam Panas/Selesema. Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masalah selesema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masalah demam panas.

5. Resdung (alergi) dan Lelah (asma). Pengambilan Coscinium Plus dan Roselle adalah dua gabungan yang terbaik kepada permasalahan begini.

6. Stress / Sukar tidur. Bagi mereka yang menghadapi masalah stress dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masalah dengkur semasa tidur.

7. Masalah lain. Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masalah penyakit kulit, penenang dan sebagainya.

ayam organik


Ayam Organik HPA – DAUN MAMBU GANTI VAKSIN


Umat islam di negara ini tidak lagi perlu berasa was-was apabila menjamu ayam. Tiada lagi ayam cucuk , ayam disuntik dengan vaksin babi atau ayam dicampur dengan daging babi sebelum diedarkan. Ini kerana HPA Industries Sdn Bhd (HPA) kini melangkah setapak lagi dalam usaha menyediakan produk halal dan suci kepada ummah dengan mengembangkan sayap perniagaan kepada industri penternakan ternakan ayam organik di Kok Klang, Perlis.

Lebih menarik ialah reban ternakan menggunakan teknologi moden dengan dilengkapi sistem pemakanan dan penyejukan yang terkawal secara automatik sepenuhnya. Tujuan dilaksanakan projek ini ialah untuk memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah bagi menyediakan makanan dan pasaran yang halal lagi suci untuk umat islam, terutama dengan laporan ‘tidak enak’ mengenai ayam di pasaran sekarang. Ayam organik atau dipanggil ayam sihat kerana pemakanannya datang dari sumber yang bersih seperti temukut, jagung, serbuk ikan dan sebagainya. Ia benar-benar bebas daripada sebarang makanan yang bercampur dengan bahan kimia. Ayam organik HPA turut diberi makan daun mambu yang cukup baik untuk kesihatan.

Menurut En. Abd Ghani Husein selaku Pengurus Besar R&D, ayam organik ini tidak disuntik apa-apa hormon, vaksin atau antibiotik. Kaedah suntikan itu kini menjadi amalan sebahagian besar penternak, terutama bukan islam supaya ayam mereka cepat besar.

“Makanan ayam organik ini bukannya seperti dedak yang diambil dari kilang, tetapi sumber daripada tumbuh-tumbuhan herba,”katanya. Ayam organik yang sudah terbukti memiliki protein lebih tinggi dari ayam kampung biasa. Kaedah ayam organik ini diberi makan ekstrak herba yang kaya dengan bahan antioksida dan antikanser seperti halia, kunyit , pandan dan lain-lain dan tanpa penggunaan antibiotik, tidak menggunakan hormon, beta agonist dan salbutamol”, kata Abdul Ghani ketika ditemubual. Sementara itu, Pengarah Urusan HPA mengalukan sesiapa yang mempunyai reban untuk bekerjasama menghasilkan ayam organik HPA”.

“Pasaran ayam ini cukup luas. Bekalan kita tidak cukup. Saya harap siapa yang tidak dapat jangan kecewa terus cuba”,katanya yang berhasrat menambah pengeluaran kepada 300,000 ekor ayam organik sehari.